Seorang Pesakit jantung Meninggal dunia kira-kira jam 2.30 petang tadi manakala seorang doktor wanita parah serta tiga yang lain ced...
Seorang Pesakit jantung Meninggal dunia kira-kira jam 2.30 petang tadi manakala seorang doktor wanita parah serta tiga yang lain cedera ringan selepas ambulans yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Batu Jalan Labuk, pagi tadi.
Dalam kejadian 10.20 pagi itu, doktor wanita berusia 30 tahun cedera parah patah kaki kanan. Dua lagi mangsa iaitu seorang jururawat dan isteri kepada pesakit hanya mengalami cedera ringan manakala pemandu ambulans tidak mengalami kecederaan.
Difahamkan, ketika kejadian, ambulans dalam perjalanan dari Sandakan membawa mangsa seorang pesakit jantung menuju ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Zabidi Md Zain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu ambulans dan Perodua Viva.
"Doktor wanita yang cedera parah itu dikejarkan ke Hospital Duchess Of Kent, Sandakan, untuk rawatan lanjut.
"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. - HMETRO
ليست هناك تعليقات
إرسال تعليق