Seorang peniaga pasar dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah merompak se...
Seorang
peniaga pasar dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen
di sini, hari ini selepas mengaku bersalah merompak secara berkumpulan
seorang buruh warga Bangladesh, tahun lepas.
Hakim
Datuk Jagjit Singh Bant Singh menjatuhkan hukuman itu terhadap Badrul
Nizam Zainal Abidin, 34, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah
hari ini. Kes itu ditetapkan untuk sebutan hari ini.
Mahkamah
juga menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan bagi pertuduhan gagal
mengemukakan kad pengenalan dan memerintahkan hukuman itu berjalan
serentak bermula tarikh dia ditangkap, 23 Julai tahun lepas.
Ini bermakna tertuduh yang tidak diwakili peguam hanya menjalani hukuman penjara selama dua tahun tiga bulan.
Badrul
Nizam didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas, merompak wang
tunai RM10 dan dua telefon bimbit jenis Nokia dan Samsung milik Momin Md
Abdul, 33, bersebelahan CIMB Bank, Jalan Tun H.S. Lee, Dang Wangi, di
sini pada pukul 8 malam, 23 Julai tahun lepas, mengikut Seksyen 395
Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan
sebat.
Tertuduh
juga didakwa gagal menunjukkan kad pengenalan di bawah peraturan 12 dan
15 kepada pegawai polis semasa pemeriksaan, di tempat, waktu dan hari
yang sama mengikut peraturan 25(1)(N) Peraturan Pendaftaran Negara 1990
yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun dan denda
sehingga RM20,000.
Mengikut
fakta kes, mangsa yang ketika itu sedang menunggu bas di bersebelahan
CIMB Bank, telah ditarik belakang bajunya oleh Badrul Nizam dan seorang
lagi lalu meminta pasportnya.
Selepas
mangsa enggan menyerahkan pasportnya, mereka telah menendang dan
menumbuk dada mangsa serta mengambil wang tunai RM10 dan dua telefon
bimbitnya, sebelum mereka melarikan diri dan salah seorang daripada
mereka berjaya ditahan polis.
Terdahulu,
Timbalan Pendakwa Raya Norazlin Mohamad Yusoff memohon mahkamah
menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kepentingan
awam supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh atas alasan
perbuatan tertuduh itu mendatangkan trauma kepada mangsa.
Badrul
Nizam memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan perlu
menjaga seorang anaknya yang kini tinggal di Jabatan Kebajikan
Masyarakat selain menyesal dan insaf atas kesalahan yang telah
dilakukannya. - BERNAMA
ليست هناك تعليقات
إرسال تعليق