TAWAU, 7 Mei -- Tiga puluh Sahabat (peminjam) Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang terlibat dalam kebakaran di Jalan Habib Abdul Rahman Ba...
TAWAU, 7 Mei -- Tiga puluh Sahabat (peminjam) Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang terlibat dalam kebakaran di Jalan Habib Abdul Rahman Batu 2 Apas dan Blok 10, Kampung Titingan Darat pada 13 April lepas, hari ini masing-masing menerima bantuan RM5,000 daripada AIM bagi meringankan beban mereka.
Bantuan berkenaan diserahkan kepada penerima oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Anggota Parlimen Tawau, Datuk Mary Yap Kain Ching.
Mengulas mengenai bantuan berkenaan, Pengerusi Eksekutif AIM, Dr Zubir Harun berkata AIM memberi bantuan peruntukan kewangan sebanyak RM150,000 kepada 30 Sahabat yang terlibat dalam kejadian kebakaran itu.
"AIM beri bantuan RM5,000 setiap seorang bagi meringankan beban Sahabat yang terlibat melalui skim caruman insurans yang dilakukan setiap enam bulan dan bagi Sahabat yang berniaga pula AIM akan melihat keperluan mereka juga," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Zubir seorang lagi Sahabat yang terlibat dalam kebakaran berkenaan tidak layak menerima bantaun kerana tidak membuat caruman.
Terdahulu dalam ucapannya, Zubir berkata AIM menyediakan RM2.4 bilion peruntukan pinjaman kepada Sahabat AIM seluruh negara bagi tahun ini.
Katanya, bagi Zon Pantai Timur Sabah sebanyak RM95 juta pinjaman diperuntukkan untuk manfaat 17,000 Sahabat AIM dan bagi Parlimen Tawau sahaja sebanyak RM18 juta peruntukan pinjaman disediakan.
Zubir menyeru agar Sahabat AIM seluruh negara memanfaatkan peruntukan pinjaman yang disediakan itu bagi membina kehidupan lebih baik dan membangunkan projek yang diusahakan.
"AIM sentiasa bersama Sahabat dan kami cuba membantu sedaya upaya mereka yang memerlukan. Kami juga percaya dengan Sahabat AIM ini kerana 98 peratus daripada mereka membayar balik pinjaman yang dibuat," katanya.
Sementara itu, Mary Yap berharap mangsa kebakaran berkenaan tabah menghadapi musibah itu dan menjadikannya sebagai iktibar kepada mereka.
-- BERNAMA

Tiada ulasan
Catat Ulasan