Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Kemenangan BN Di Sarawak Bukti Rakyat Tolak Pembangkang - Musa

SANDAKAN, 8 Mei - Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 membuktikan rakyat di negeri itu menolak...

SANDAKAN, 8 Mei - Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 membuktikan rakyat di negeri itu menolak parti pembangkang yang tidak memberi manfaat kepada mereka.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata rakyat Sarawak mahukan BN untuk membawa kebaikan secara keseluruhannya bagi kesinambungan pembangunan di negeri itu.

"Kemenangan BN itu juga sudah tentu akan membawa kebaikan kepada mereka (rakyat Sarawak) secara keseluruhannya kerana mempertahankan kerajaan BN bermakna ada kesinambungan untuk membangunkan Sarawak," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di sini, malam tadi.

PRN Sarawak ke-11 menyaksikan BN memenangi 72 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

Musa berkata kemenangan BN di Sarawak itu menunjukkan rakyat di negeri itu menyokong kuat kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata ia juga jelas menunjukkan rakyat Sarawak menyokong padu kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Rakyat Sarawak membuat keputusan tepat memilih dengan menyokong dan memenangkan calon BN," katanya.

Musa berkata BN Sabah turut mengucapkan tahniah kepada BN Sarawak diketuai Adenan yang memenangi PRN Sarawak dengan keputusan cemerlang.

-- BERNAMA

Tiada ulasan

Latest Articles