Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Lelaki miliki dadah cuba sogok polis ditahan

LABUAN : Usaha seorang lelaki tempatan yang ditahan kerana memiliki dadah dan cuba menyogok polis RM200 bagi melepaskan diri daripada di...

LABUAN: Usaha seorang lelaki tempatan yang ditahan kerana memiliki dadah dan cuba menyogok polis RM200 bagi melepaskan diri daripada ditangkap menerima padah apabila dicekup polis di Jalan Kolam, dekat sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, seorang lelaki tempatan berusia 30 an ditahan oleh anggota polis peronda selepas kereta yang dinaiki bersama seorang lagi kawannya dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Adzhar Othman, berkata kedua dua suspek ditahan selepas anggota polis peronda terserempak sebuah kereta yang dalam mencurigakan berhenti di bahu jalan sebelah kiri menghala ke pusat bandar.

“Bagaimanapun ketika kereta MPV peronda polis berhenti untuk membuat pemeriksaan, kereta berkenaan memecut laju untuk lari sebelum berjaya ditahan semula ketika berada di Jalan Kolam,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, kelmarin.

Beliau berkata, hasil daripada pemeriksaan lanjut polis berjaya menemukan satu peket kecil warna kuning yang didalamnya disyaki mengandungi dadah jenis ecstacy seberat 0.34 gram di bahagian tepi kerusi pemandu.

Katanya, semasa pemeriksaan lanjut di bahagian penumpang, suspek telah cuba menghulurkan dua keping wang tunai bernilai RM100 (sekeping) dengan niat memberi suapan agar tidak ditangkap.

Menurut Adzhar lagi, hasil daripada pemeriksaan menyeluruh yang dilakukan di balai polis Labuan, telah menjumpai satu lagi peket kecil yang disyaki dadah seberat 0.18 gram yang disimpan di bawah alas kaki penumpang.

Kedua-dua suspek kini menghadapi dua pertuduhan masing masing di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak lebih RM100,000 dan sebatan tidak lebih tiga kali sebatan.

Selain itu mereka juga berdepan dengan dakwaan cuba menyogok polis mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) jika sabit kesalahan boleh di kenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda 5 kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi.

Turut ditahan sebuah kereta jenis Honda City berwarna putih yang dinaiki suspek. Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut. - NewSabahTimes

Tiada ulasan

Latest Articles