Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Helikopter Sabah Air tidak terbabit dalam nahas - CEO

KOTA KINABALU : Sabah Air Aviation Sdn Bhd di sini mengesahkan helikopter milik syarikat itu tidak terlibat dalam insiden nahas helikopt...

KOTA KINABALU: Sabah Air Aviation Sdn Bhd di sini mengesahkan helikopter milik syarikat itu tidak terlibat dalam insiden nahas helikopter di Sarawak semalam. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya Terry Chan Kong Ngee berkata kekeliruan timbul selepas gambar yang memaparkan rombongan Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon berlatarbelakangkan helikopter Sabah Air, disiarkan media. 

"Gambar itu diambil di Kuching semalam sebelum rombongan itu menaiki pesawat itu untuk penerbangan dari Kuching ke Betong, namun ketika perjalanan pulang dari Betong ke Kuching, rombongan tersebut menaiki pesawat lain yang hilang itu," katanya ketika dihubungi di sini. 

Beliau berkata helikopter Sabah Air yang dikaitkan dengan insiden itu adalah jenis Bell 206 L3 dengan kod panggilan 9MAZK dan diterbangkan Kapten Roslan Mustapha dan kini berada di sekitar Serian untuk menerbangkan penumpang. 

"Helikopter yang terlibat nahas pula jenis Eurocopter AS350," katanya. Chan berkata lima buah helikopter milik syarikat itu serta anak kapal dan kru sokongan yang kini beroperasi di Sarawak sempena pilihan raya negeri itu berada dalam keadaan selamat.

"Kekeliruan ramai pihak berkenaan helikopter yang terlibat dalam nahas berkenaan merunsingkan pihak kami dan berharap penjelasan mengenai perkara ini dapat meredakan kekeliruan yang timbul," katanya. 

Helikopter malang itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang dalam penerbangan ke Kuching dan kali terakhir berhubung dengan menara kawalan pada 4.15 petang, setelah tiga minit berlepas.

Serpihan helikopter yang dinaiki enam orang itu termasuk Noriah ditemui pagi ini. Mayat seorang wanita ditemui pasukan penyelamat mencari helikopter di tebing sungai Batang Lupar tengah hari tadi. - BERNAMA

Tiada ulasan

Latest Articles