ZAMBOANGA CITY 26 Sept. - Kegiatan haram kumpulan militan Abu Sayyaf seperti menculik dan peras ugut memberi ancaman keselamatan terbes...
ZAMBOANGA CITY 26 Sept. - Kegiatan haram kumpulan militan Abu Sayyaf seperti menculik dan peras ugut memberi ancaman keselamatan terbesar kepada Filipina dan negara jiran seperti Malaysia, Indonesia dan Australia.
Portal Asia Times melaporkan, jumlah wang yang diperoleh kumpulan itu hasil aktiviti haram tersebut digunakan Abu Sayyaf untuk membeli lebih banyak senjata, merekrut ahli baharu serta merasuah pemimpin tempatan supaya tidak melaporkan kegiatan jenayah mereka.
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mendedahkan, Abu Sayyaf menerima wang tebusan sebanyak AS$1.1 juta (RM4.55 juta) hasil pembebasan tawanan warga Norway, Kjartan Sekkingstad yang diculik di sebuah pusat peranginan pada September tahun lalu bersama seorang lagi tebusan yang kini bebas.
Sejak 2012, Abu Sayyaf didakwa mengumpul sebanyak AS$10 juta (RM41.2 juta) hasil kegiatan peras ugut dan penculikan. Jumlah itu sudah cukup untuk memastikan kira-kira 400 anggota kumpulan itu yang beroperasi di Basilan dan Sulu menikmati kehidupan mewah dan penduduk Mindanao percaya, kegiatan penculikan menjadikan anggota Abu Sayyaf sebagai ‘jutawan segera’.
Antara wang tebusan tertinggi yang diterima Abu Sayyaf melibatkan pembebasan Sekkingstad dengan nilai AS$1.1 juta pada 17 September lalu. Pada Jun lalu, media Malaysia melaporkan, Abu Sayyaf menerima sebanyak AS$3 juta (RM12.42 juta) bagi pembebasan empat lelaki yang diculik di perairan Pulau Ligitan pada 1 April lalu.
Pada Oktober 2014, kumpulan itu membebaskan tebusan warga Jerman, Dr. Stefan Viktor dan Henrike Dielen dengan Abu Sayyaf menerima sebanyak AS$5.6 juta (RM23.18 juta) bagi pembebasan kedua-dua lelaki tersebut.
Sementara itu, hasrat Duterte untuk menghapuskan kumpulan Abu Sayyaf bukannya satu tugas mudah walaupun kerajaan mengerah hampir 10,000 anggota tentera terlatih kerana kumpulan berkenaan dipercayai menggunakan sumber kewangan mereka bagi mengelirukan risikan tentera.
Menurut jurucakap tentera, Mejar Filemon Tan, pihak berkuasa cuba mendapatkan sokongan masyarakat tempatan supaya bekerjasama dengan kerajaan namun kumpulan itu didapati menggunakan sebahagian wang tebusan bagi mengaburi tanggapan umum terhadap mereka.