KUDAT : Dua sekeluarga maut dan tiga yang lain cedera apabila sebuah kereta Perodua Kancil yang mereka naiki terbabas berdekatan Kampun...
KUDAT: Dua sekeluarga maut dan tiga yang lain cedera apabila sebuah kereta Perodua Kancil yang mereka naiki terbabas berdekatan Kampung Suangpai, Jalan Tajau / Tiga Papan di sini pada jumaat.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Douglas Taong Nyeging semalam berkata dua mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Rumpilin bte Dangansang, 49, dan anak perempuannya yang berusia 17 tahun, Ailfadilin Bidin maut di lokasi kejadian dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.58 tengahari.
'
Sementara itu, pemandu kereta, 56 tahun, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah di sini, dan anak lelakinya berusia 14 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.
"Seorang lagi gadis berusia 13 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian mata kirinya," katanya.
Douglas berkata, mereka semua sedang dalam perjalanan dari bandar Kudat ke rumahnya di Kampung Marang Parang di sini.
"Apabila mereka tiba di Kampung Suangpai, Jalan Tajau / Tiga Papan, pemandu hilang kawalan kereta dan terbabas ke bahu kanan jalan sebelum terbabas dan jatuh terbalik ke dalam parit besar yang berair menyebabkan kenderaan kenderaan remuk teruk di bahagian hadapan. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.