KENINGAU: Seorang pelajar lelaki maut dan rakannya cedera parah apabila motosikal yang ditungganginya terbabas di simpang jalan Kampung Su...
KENINGAU: Seorang pelajar lelaki maut dan rakannya cedera parah apabila motosikal yang ditungganginya terbabas di simpang jalan Kampung Sunsuron, Tambunan kelmarin.
Pemangku Ketua Polis Daerah Asisten Superintendan Lee Nyuk Kim berkata mangsa yang dikenali Edwald Paul, 21, sebagai penungang motosikal Kriss Modenas mati di tempat kejadian, sementara rakannya yang juga seorang pelajar berusia 17 tahun sebagai pembonceng cedera parah pada kejadian jam 6.20 pagi itu.
Katanya pada 25 September jam 8.12 pagi, anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini telah menerima panggilan dari Balai Polis Tambunan yang mengatakan ada berlaku kemalangan di Jalan Kampung Sunsuron, Tambunan.
“Siasatan yang dijalankan di tempat kejadian mendapati satu kemalangan melibatkan sebuah motosikal yang disyaki terbabas sendiri lalu terlanggar tiang elektrik di tepi parit jalan. “Penunggang dan pembonceng dikatakan dari rumah kawan menuju ke rumah kawan yang lain, tidak jauh dari tempat kejadian,” katanya.
Lee berkata apabila sampai di tempat kejadian, penunggang hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik dan masuk ke parit manakala pembonceng terhumban jauh dari tempat pelanggaran itu.
Katanya mangsa meninggal di tempat kejadian manakala pembonceng cedera parah. Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Tambunan untuk tujuan pemeriksaan dan bedah siasat.
Beliau berkata keadaan jalan simpang tiga itu berturap, sedikit menuruni bukit dan cuasa baik pada awal pagi itu. “Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati punca kemalangan adalah disebabkan kecuaian penunggang dan kedua-dua mangsa tidak memakai topi keledar,” katanya.
Katanya punca kematian mangsa adalah kecederaan parah di kepala dan siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pemangku Ketua Polis Daerah Asisten Superintendan Lee Nyuk Kim berkata mangsa yang dikenali Edwald Paul, 21, sebagai penungang motosikal Kriss Modenas mati di tempat kejadian, sementara rakannya yang juga seorang pelajar berusia 17 tahun sebagai pembonceng cedera parah pada kejadian jam 6.20 pagi itu.
Katanya pada 25 September jam 8.12 pagi, anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini telah menerima panggilan dari Balai Polis Tambunan yang mengatakan ada berlaku kemalangan di Jalan Kampung Sunsuron, Tambunan.
“Siasatan yang dijalankan di tempat kejadian mendapati satu kemalangan melibatkan sebuah motosikal yang disyaki terbabas sendiri lalu terlanggar tiang elektrik di tepi parit jalan. “Penunggang dan pembonceng dikatakan dari rumah kawan menuju ke rumah kawan yang lain, tidak jauh dari tempat kejadian,” katanya.
Lee berkata apabila sampai di tempat kejadian, penunggang hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik dan masuk ke parit manakala pembonceng terhumban jauh dari tempat pelanggaran itu.
Asisten Superintendan Lee Nyuk Kim |