Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

SPAD berjaya batalkan saman pemandu teksi

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Permohonan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk membatalkan tuntutan saman 102 pemandu teksi yang me...

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Permohonan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk membatalkan tuntutan saman 102 pemandu teksi yang menuntut supaya operasi dan aktiviti Uber, Grabcar dan Blacklane diharamkan, dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan peguam Ben Syazmin mewakili SPAD dan R. Kengadharan yang mewakili 102 pemandu tersebut.

Mahkamah berpendapat, mereka telah gagal mengemukakan kausa tindakan yang betul selain sepatutnya memfailkan semakan kehakiman dan bukannya melalui tindakan saman.

Saman itu difailkan oleh Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang pada 30 Disember tahun lalu dengan menamakan SPAD sebagai defendan tunggal untuk memohon perisytiharan supaya mahkamah mengharamkan operasi dan aktiviti Uber, Grabcar dan Blacklane serta perintah agar suruhanjaya itu tidak dibenarkan untuk meluluskan perkhidmatan tersebut.

SPAD pula memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pihak pemandu teksi pada 27 Mac lalu atas alasan mereka selaku pihak plaintif tiada hak di sisi undang-undang (locus standi) untuk memfailkan saman itu selain ia tidak mendedahkan sebarang tindakan yang munasabah, bersifat skandal dan menyalahgunakan proses mahkamah.

BACA JUGA: VIRAL Pemandu Uber Dimalukan Pemandu Teksi

Suruhanjaya itu turut menyifatkan saman tersebut, mengaibkan, remeh dan menyusahkan. - UTUSAN ONLINE

Latest Articles