Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

10 Pemancing, Dua Kru Dan Seorang Tekong Hilang Di Laut

KOTA KINABALU, 9 Okt (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melancarkan operasi mencari dan menyelamat 10 pemancing,...

KOTA KINABALU, 9 Okt (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melancarkan operasi mencari dan menyelamat 10 pemancing, dua kru dan seorang tekong bot yang dilaporkan hilang selepas keluar memancing sejak Jumaat lepas.

APMM dalam satu kenyataan berkata kesemua mangsa berkenaan keluar memancing dari jeti Lembaga Pemasaran Ikan Sabah (Safma) di sini kira-kira pukul 10 pagi Jumaat lepas, dan dijadualkan pulang ke Kota Kinabalu pukul 1 tengah hari tadi.

"Laporan daripada Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu menyatakan kesemua mangsa keluar memancing di perairan Pulau Mantanani dan Pulau Mengalum.

Namun belum tiba dan gagal dihubungi sehingga kini," katanya dalam satu kenyataan. APMM berkata pihaknya kini sedang mengesan bot berkenaan dan operasi mencari dan menyelamat diaktifkan pada pukul 8.30 malam ini. -- BERNAMA

Latest Articles