New Delhi: Seorang wanita terselamat dalam serangan kejam yang melihatnya ditetak dan ditikam 21 kali menggunakan parang oleh seorang le...
New Delhi: Seorang wanita terselamat dalam serangan kejam yang melihatnya ditetak dan ditikam 21 kali menggunakan parang oleh seorang lelaki yang berdendam kerana menganggapnya bertanggungjawab atas kematian ayahnya.
Dalam serangan yang dirakam kamera keselamatan, suspek bernama Santosh Venkatesh, 25, dilihat menyerang Kumari Venkatswamy, 50, ketika mangsa berbual dengan seorang wanita lain di sebuah koridor.
Santosh dilihat cuba menetak kepala Kumari berulang kali menggunakan parang manakala wanita itu berusaha menghalang serangan berkenaan.
Kumari bernasib baik apabila seorang lelaki lain datang membantu menyebabkan Santosh melarikan diri sebelum ditangkap orang ramai dan diserahkan kepada polis. Kejadian berlaku di kuil Kotiligeshwar, Karnataka, selatan India pada lewat Ahad.
Kumari bertugas sebagai pentadbir di kuil berkenaan. Santosh dilaporkan marah dan berdendam dengan Kumari yang juga orang kampungnya selepas bapanya meninggal dunia akibat serangan jantung dalam kejadian didakwa akibat perbuatan wanita itu.
Ketua Konstabel balai Polis Bethamangla, Shiv Shankar Reddy berkata: “Ayah suspek, Ventakesh Appa, bekas anggota majlis perbandaran yang diketuai Kumari.
“Kedua-duanya bertengkar mengenai pembayaran bil menyebabkan Ventakesh sakit jantung dan meninggal dunia.
“Disebabkan itu, Santosh menyalahkan Kumari dan merancang membalas dendam atas kematian ayahnya itu.”
Kumari bernasib baik apabila cuma mengalami luka ringan pada tangan dan lengan kirinya. Mangsa masih dirawat di hospital.- AP/HMetro