Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Demi RM1

Klang: Murid lelaki diselamatkan bomba selepas terperangkap lebih 15 minit di dalam longkang di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Belah di si...

Klang: Murid lelaki diselamatkan bomba selepas terperangkap lebih 15 minit di dalam longkang di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Belah di sini, kira-kira 1 tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba Sungai Pinang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Zaidi Ahtan berkata, mangsa berusia lapan tahun itu dikatakan cuba mengambil duit belanja sekolahnya iaitu wang kertas RM1 yang terjatuh di dalam longkang itu. 

"Berikutan gagal keluar dari longkang yang berpenutup besi itu, pihak pengurusan sekolah kemudian menghubungi bomba untuk tindakan lanjut. 

"Setibanya di lokasi, kita bertindak mencungkil penutup longkang dan berjaya mengeluarkan mangsa beberapa minit kemudian," katanya ketika dihubungi Harian Metro. 

Menurut Zaidi, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada pihak sekolah untuk tindakan lanjut.

Latest Articles