Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Dua tentera hilang jatuh laut di Pulau Perak

ALOR SETAR: Dua anggota tentera hilang sejak petang semalam selepas terjatuh ke laut ketika menjalankan operasi di Pulau Perak yang terl...

ALOR SETAR: Dua anggota tentera hilang sejak petang semalam selepas terjatuh ke laut ketika menjalankan operasi di Pulau Perak yang terletak kira-kira 122.3 kilometer (km) atau 66 batu nautika dari barat daya Langkawi.

Dua anggota ialah Koperal Johbartlee Kanil, 32, dari Kota Marudu di Sabah dan Koperal Mohd Faizol Rosli, 29, dari Kampung Sungai Limau di Pulai, Baling, dekat sini.

Markas Tentera Darat dalam kenyataannya hari ini, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu dan operasi kini digerakkan Markas Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

"Ketika kejadian kedua-dua anggota dari Batalion ke-4 Rejimen Renjer Diraja (RRD) berpangkalan di Oran, Perlis itu terjatuh ke laut semasa menjalankan tugas di pulau terbabit.

"Pihak TLDM yang menerajui operasi ini sudah melancarkan operasi mencari dan menyelamat menggunakan tiga kapal iaitu KD Laksamana Tun Abdul Hamid, KD Ledang, Kd Selangor dan Pesawat Super Lynx.

"Operasi turut dibantu sebuah pesawat Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari 3 Skuadron di Butterworth, Pulau Pinang," katanya yang mengesahkan makluman kejadian kepada keluarga mangsa juga sudah dibuat.

Latest Articles