Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Duterte berjanji akan berhenti mencarut

DAVAO - FILIPINA . Presiden Filipina berkata, beliau sudah berjanji kepada Tuhan untuk tidak mencarut lagi. Menurut laporan CNN, Rodri...

DAVAO - FILIPINA . Presiden Filipina berkata, beliau sudah berjanji kepada Tuhan untuk tidak mencarut lagi.

Menurut laporan CNN, Rodrigo Duterte yang baru tiba di Davao dari lawatan kerja di Jepun memberitahu 'mendengar suara' ketika berada dalam pesawatnya.

"Saya mendengar suara yang menyuruh saya berhenti mencarut atau pesawat saya akan meletup ketika terbang, jadi saya berjanji untuk berhenti (mencarut)," kata Duterte kepada wartawan di lapangan terbang.

'Cakap lepas' Duterte sebelum ini memberikan beliau perhatian selepas mengeluarkan kata-kata kasar terhadap Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Duterte juga pernah menggelar Kesatuan Eropah (EU) sebagai 'hypokritikal', menggugut untuk meninggalkan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan membandingkan diri beliau sendiri dengan ikon Nazi dan pembunuhan beramai-ramai (genocide), Adolf Hitler.

Beliau juga pernah memaki Pope kerana telah menyebabkan kesesakan lalu lintas ketika lawatan Pope di Filipina.

Latest Articles