Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

iPhone 7 sebabkan kereta terbakar

Sydney: Ketika masalah Samsung Galaxy Note7 hampir berakhir, telefon pintar baru keluaran Apple mungkin berdepan dengan masalah serupa. ...

Sydney: Ketika masalah Samsung Galaxy Note7 hampir berakhir, telefon pintar baru keluaran Apple mungkin berdepan dengan masalah serupa.

Sebuah telefon pintar keluaran Apple, milik seorang jurulatih luncur air di Australia terbakar dan menyebabkan kerosakan teruk pada keretanya.

Dalam wawancara dengan 7 News, Mat Jones berkata, dia membeli iPhone 7 itu kira-kira seminggu lalu dan tidak pernah menjatuhkan atau menggunakan pengecas telefon lain.

Sebelum keluar ke pantai, dia memasukkan telefon pintar itu ke dalam seluar dan meninggalkannya di dalam kereta.

Tidak lama kemudian, dia menyedari asap memenuhi keretanya. Apabila membuka kereta itu, dia dapati hampir seluruh bahagian dalam kenderaan itu musnah.

Mujur tidak ada orang cedera. Kejadian itu bukan sahaja menyebabkan dia tidak lagi memiliki telefon, bahkan dia juga kini tidak mempunyai kereta.

Apple masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian itu, sebaliknya berkata, ia masih menyiasatnya. - Agensi

Latest Articles