Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Budak Besi

New Delhi: Seorang remaja mempunyai kekuatan luar biasa sehingga mampu menarik dua kereta dengan menggunakan belikatnya. Abhishek Choub...

New Delhi: Seorang remaja mempunyai kekuatan luar biasa sehingga mampu menarik dua kereta dengan menggunakan belikatnya. Abhishek Choubey, 18, mendapat gelaran ‘Belikat Besi’ di kampungnya kerana keupayaannya yang luar biasa itu.

Dia menarik kereta menggunakan tali yang diikat pada bongkah kayu, dan diletakkan di antara belikatnya. Abhishek mendakwa dia satu-satunya orang yang mempunyai kekuatan seperti itu dan kini menyasarkan rekod dunia.

“Pada kali pertama saya menarik kereta seberat 1,049 kilogram sejauh 27.5 meter.

Kemudian saya mencuba pula menarik dua kereta serentak tanpa menyangka mampu melakukannya,” katanya.

Latest Articles