Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Jumpa 1 Km dari lokasi hilang

KOTA MARUDU: Lelaki yang dikhuatiri dibaham buaya ketika menangkap ikan di sungai Kampung Langkon Baru, dekat sini, tengah malam tadi, d...

KOTA MARUDU: Lelaki yang dikhuatiri dibaham buaya ketika menangkap ikan di sungai Kampung Langkon Baru, dekat sini, tengah malam tadi, ditemui pagi tadi.

Mayat Herry Long, 28, ditemui penduduk kampung kira-kira satu kilometer dari lokasi dilaporkan hilang.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Balai Polis Kota Marudu mengatakan seorang lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika menangkap ikan di sungai berkenaan.

"Lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu dikerah ke lokasi kejadian dan terpaksa berjalan sejauh dua kilometer disebabkan tiada jalan masuk untuk sebarang kenderaan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan dan ditangguh 2.30 pagi akibat cuaca kurang baik selain faktor keselamatan anggota," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, operasi SAR diteruskan awal pagi tadi sebelum mayat mangsa ditemui jam 9.15 pagi oleh penduduk kampung di kawasan Marudu Darat.

Latest Articles