KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda UMNO Sabah hari ini meminta pihak berkuasa agar mengambil tindakan tegas terhadap individu tertentu yan...
KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda UMNO Sabah hari ini meminta pihak berkuasa agar mengambil tindakan tegas terhadap individu tertentu yang sengaja “memfitnah” dan mengaitkan pemimpin dan Kerajaan Negeri dalam skandal rasuah melibatkan Jabatan Air Sabah.
Penolong Setiausahanya, Mohd. Bahrin Abd.Karim berkata terdapat individu tertentu yang menggunakan media sosial untuk membuat tuduhan tidak berasas dan fitnah terhadap pemimpin dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri.
“Motif mereka ialah sengaja mahu memburuk-burukkan nama baik pemimpin dan Kerajaan Negeri bagi mengelirukan rakyat, walaupun mereka sendiri sedar dan tahu ia adalah fakta yang tidak benar.
“Justeru, Pemuda UMNO Sabah mahu pihak berkuasa termasuk Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap individu berkenaan”, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Bahrin mengambil contoh, individu yang bernama JUFAZLISHI AHMAD (Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah) menggunakan media sosial dengan lantang menuduh “VVIP UMNO-BN” terlibat dalam skandal rompak wang rakyat Sabah berikutan Skandal Rasuah Jabatan Air yang dibongkar oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Dia dengan sengaja meletakkan tiga potrait pemimpin Kerajaan Negeri Sabah berserta dengan tajuk “Skandal Rasuah RM114.5 juta Jabatan Air Sabah”, tujuannya ialah sengaja memberi gambaran negatif terhadap kerajaan seolah-olah mereka terlibat.
“Tuduhan itu adalah satu fitnah dan sengaja direka oleh individu itu untuk memburuk-burukkan nama baik pemimpin UMNO-BN dan juga Kerajaan Negeri”, tegasnya.
Tegasnya, pihak polis perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang sengaja menyebarkan fitnah bagi memburuk-burukkan kerajaan dan pemimpin negeri.
Bahrin turut berkata beberapa kenyataan negatif oleh JUFAZLISHI AHMAD yang berniat jahat terhadap pemimpin dan kerajaan tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
Katanya, skandal rasuah Jabatan Air Sabah membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion merupakan dana daripada Kerajaan Persekutuan yang disalurkan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang diberikan pada tahun 2010.
“Rakyat perlu faham prosidur kewangan dimana adalah menjadi amalan biasa kelulusan bagi projek-projek Kerajaan Persekutuan yang disalurkan melalui pelbagai Kementerian Pusat diputuskan oleh kementerian berkenaan dan bukan dibawah kuasa Kerajaan Negeri khususnya dalam kes projek infrastuktur bekalan air luar bandar”, tegasnya.
Menurutnya, perkara ini telah dijelaskan oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan bahawa kementeriannya tidak terlibat dan peruntukan disalur terus daripada KKLW kepada Jabatan Air sebagai agensi pelaksana tanpa pengetahuan kementeriannya.
Katanya, seperti yang dijelaskan oleh Pairin, pemerolehan projek dan pembayaran dikendalikan oleh KKLW dan Jabatan Air Sabah. Bahrin turut mempersoalkan motif penubuhan dan perjuangan
“Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah” selama ini serta apakah sumbangan yang telah dilakukannya selain menabur fitnah terhadap pemimpin negeri.