Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Lagi jurutera JANS direman

Kota Kinabalu: Seorang lagi jurutera Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) direman hari ini oleh Mahkamah Majistret Tawau, bagi membantu siasa...

Kota Kinabalu: Seorang lagi jurutera Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) direman hari ini oleh Mahkamah Majistret Tawau, bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah.

Majistret Muhammad Faizal Che Saad membenarkan reman selama lima hari terhadap suspek berusia 35 tahun bermula hari ini selepas ditahan 6.40 petang Ahad lalu.

Sementara itu, lima suspek yang ditahan SPRM 19 Oktober lalu, dibebaskan daripada tahanan reman di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini.

Empat juruteknik dan seorang pegawai kerja air JANS itu dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM50,000 tanpa deposit dengan dua orang penjamin tempatan setiap seorang.

Menurut sumber, setakat hari ini, SPRM sudah merampas RM8.4 juta daripada semua suspek yang ditahan dalam Ops Water Fasa II ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat berkenaan namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Latest Articles