KUALA LUMPUR 4 Okt. - Akibat pengambilan dadah berlebihan, seorang lelaki sanggup menikam ibu kandungnya beberapa kali sehingga maut di ...
KUALA LUMPUR 4 Okt. - Akibat pengambilan dadah berlebihan, seorang lelaki sanggup menikam ibu kandungnya beberapa kali sehingga maut di sebuah rumah di tingkat satu, Kondominium Jade, Bukit Indah, Ampang di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 pagi itu, suspek berusia 23 tahun yang dipercayai sedang khayal turut memanjat balkoni tingkat dua dan tiga bangunan kondominium itu sebelum menjerit-jerit sambil ketawa.
Suspek kemudian masuk ke rumah sebelum menikam ibunya yang dikenali sebagai Halmaton Katan, 49, di ruang tamu. Menurut jiran suspek yang mahu dikenali sebagai Balraj, 37, dia mendengar suara lelaki menjerit dari balkoni rumahnya dan menyangka terdapat penceroboh kerana pagar besi turut digoncangkan beberapa kali.
Katanya, bimbang insiden buruk berlaku, dia bertindak melaporkan kejadian itu kepada polis kerana baru menghuni kawasan tersebut sejak Sabtu lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, selepas membunuh ibunya suspek terus ke Balai Polis Komuniti Bukit Indah kira-kira satu kilometer dari rumahnya sambil memegang parang.
“Suspek yang mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah tiba di balai itu dipercayai untuk menyerah diri, tetapi dia yang sedang khayal mula bergelut dengan anggota polis.
Pada masa sama, kita menerima panggilan daripada orang awam mengenai insiden bunuh berkenaan,” jelasnya.
Katanya, ujian air kencing mendapati suspek positif ganja dan direman tujuh hari sehingga 10 Oktober untuk siasatan lanjut.