Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Gara-gara Viral Palsu, Dua Wanita Ditahan Polis

Kuching: Dua wanita ditahan polis hari ini kerana menyiarkan dakwaan sindiket penjualan organ berlaku di Kampung Daun Singai, Bau, baru-...

Kuching: Dua wanita ditahan polis hari ini kerana menyiarkan dakwaan sindiket penjualan organ berlaku di Kampung Daun Singai, Bau, baru-baru ini menerusi akaun Facebook mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, suspek berusia 18 dan 27 tahun ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Bau, masing-masing pada 2.15 petang dan 2.50 petang hari ini.

"Suspek ditahan dan telefon bimbit mereka dirampas untuk siasatan lanjut. "Siasatan lanjut mendapati tiada sebarang kejadian di negeri ini seperti didakwa suspek," katanya di sini, hari ini.

Suspek dipercayai menyiarkan dakwaan beberapa hari lalu sehingga mengundang kebimbangan orang ramai khususnya ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

Bernama melaporkan, Dev Kumar dalam kenyataannya sebelum ini menasihatkan dua pemilik akaun Facebook terbabit hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bau bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Menurutnya, catatan dalam media sosial itu "sama sekali palsu dan sengaja diada-adakan."

"Tiada kejadian seperti itu pernah berlaku di Bau atau di tempat lain di negeri ini," katanya,

Menurutnya, polis menerima dua laporan, semalam dan hari ini yang dibuat terhadap catatan di Facebook mendakwa seseorang ditangkap di Kampung Daun Sigai, di Bau, dalam Bahagian Kuching, kerana membunuh dua orang.

“Menurut catatan itu, penduduk kampung kemudiannya terjumpa anggota badan manusia yang organnya diambil. “Ia seterusnya mendakwa tiga lagi suspek masih bebas dan menggunakan van putih bercermin gelap untuk mencari lebih ramai mangsa," katanya.

Dev berkata, gambar mangsa turut disertakan.

"Polis memberi amaran agar tidak menyebarkan khabar angin atau maklumat palsu yang boleh menimbulkan kegelisahan masyarakat.

"Kami tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Mereka akan ditahan dan didakwa di mahkamah," katanya.

Latest Articles