Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Hapus Cukai GST

PENAMPANG- Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) sebulat suara mencadangkan agar cukai barang dan perkhidmatan (GST) dihapuskan kh...

PENAMPANG- Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) sebulat suara mencadangkan agar cukai barang dan perkhidmatan (GST) dihapuskan khusus untuk Negeri Sabah dan Sarawak. 

Ketuanya, Datuk Jake Jikulin Nointin berkata GST sebanyak enam peratus yang telah ditetapkan kerajaan menyebabkan jurang perbezaan kos sara hidup di Sabah dan Semenanjung Malaysia semakin besar. ” 

Kos sara hidup di Negeri Sabah lebih tinggi dari kos sara hidup di Semenanjung Malaysia dan jurang perbezaan ini semakin menjauh dengan adanya enam peratus GST telah dikenakan. ” 

Ini kerana harga barangan di Sabah sememangnya lebih tinggi daripada harga barangan di Semenanjung Malaysia sebelum GST diperkenalkan,” katanya ketika berucap sempena majlis perasmian Persidangan Perwakilan Tahunan Pergerakan Pemuda dan Wanita PBS Kali ke-31, dekat sini, hari ini. 

Menurut Jake, GST telah memberi kesan keatas sara hidup rakyat terutamanya golongan sederhana dan yang kurang berkemampuan. ” GST yang diperkenalkan semenjak bulan April 2015 sememangnya telah memberi sandaran kepada kerajaan persekutuan untuk menampung kos pengurusan dan bekalamserta pembangunan seperti yang terkandung dalam Bajet 2017. ” 

Sebenarnya sebahagian besar yang menanggung GST adalah dalam golongan ini (golongan pendapatan sederhana dan kurang berkemampuan) sebagai pengguna terakhir untuk bekalan dan perkhidmatan,” katanya. 

Selain itu, Jake turut mencadangkan agar Pemuda PBS dipertimbangkan dalam pemilihan calon untuk mewakili PBS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke- 14 yang akan datang. Katanya, terdapat ramai dikalangan Pemuda PBS yang berkemampuan dan berkebolehan serta bersedia untuk memikul dan menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. ”

Kami di Pemuda percaya dan yakin bahawa jika PBS memilih calon-calonya berdasarkan kebolehan dan populariti dari segi penerimaan di akar umbi dan pemilih setempat atau dalam erti kata lain ‘winnable candidate’, kemenangan tetap dalam genggaman. ” 

Pemuda tidak mendesak apa- apa untuk kepentingan sendiri… Namun atas realiti politik masa kini, kita berhasrat agar peralihan generasi ini bukan setakat atas kertas kerja. ” 

Biarlah peralihan generasi berlaku di peringkat Parti yang mencerminkan lebih ramai calon Pemuda diberi peluang pada pilihanraya akan datang,” jelasnya.

Tiada ulasan

Latest Articles