Johor Bahru: Peragut yang cuba melarikan diri maut apabila motosikal diboncengnya terbabit kemalangan dengan kereta di persimpangan jala...
Johor Bahru: Peragut yang cuba melarikan diri maut apabila motosikal diboncengnya terbabit kemalangan dengan kereta di persimpangan jalan berhampiran Eco World di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, 5.15 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, suspek lelaki berusia 20 tahun dan penunggang motosikal terbabit berusia 19 tahun sebelum itu menghampiri dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Jalan Bacang 12, Taman Kota Masai.
Suspek bertanya di mana arah Jalan Bacang 10, Taman Kota Masai dan seorang daripada kanak-kanak itu memberitahu arah jalan sambil bermain dengan telefon bimbit di dalam tangannya.
"Tanpa diduga pembonceng merampas telefon bimbit dan melarikan diri. Kebetulan ada orang yang nampak kejadian terbabit terus mengejar kedua dua suspek berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang dari arah Jalan Bachang menghala ke Jalan Pulasan melanggar kereta yang keluar dari Eco World.
Katanya, suspek maut di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala penunggang motosikal terbabit patah kaki kiri dan kini dirawat di Hospital Sultan IsmaiI (HSI).

Tiada ulasan
Catat Ulasan