Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Pengarah GLC Ditahan Dipercayai Salah Guna Kuasa Dan Rasuah

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bergelar D...

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bergelar Datuk, dipercayai menyalahgunakan kuasa dan menerima sejumlah wang rasuah.

Menurut sumber, suspek berusia 50 tahun itu ditahan di pejabatnya kira-kira 5 petang Isnin dan dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk membantu siasatan.

"Suspek disyaki telah memberikan projek kepada syarikat-syarikat yang berkepentingan ketika memegang jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) di sebuah syarikat GLC sebelum meletakkan jawatan tersebut pada tahun lepas.

"Dia dikatakan telah menganugerahkan projek bernilai hampir RM50 juta kepada syarikat-syarikat berkepentingan dan mengambil wang suapan sebagai balasan, ketika memegang jawatan tersebut selama lima tahun bermula tahun 2010," katanya.

Menurut sumber itu, selepas meletakkan jawatan itu suspek dilantik sebagai pengarah di sebuah syarikat GLC lain yang dipegangnya sehingga kini.

Ditanya jumlah rasuah yang diterima suspek, sumber berkata SPRM sedang menyiasat jumlah suapan yang diterima suspek selama memegang jawatan tersebut dan aset yang dimilikinya.

"Bagaimanapun, tidak ada sebarang penyitaan harta atau pembekuan akaun dibuat setakat ini," katanya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan tangkapan itu, tetapi enggan mengulas lanjut.

"Suspek dipercayai akan ditahan reman pada Selasa untuk membantu siasatan," katanya. - BERNAMA

ليست هناك تعليقات

Latest Articles