SABAK BERNAM - Gerak hati seorang ibu berjaya menyelamatkan seorang anaknya dan beberapa mangsa lain daripada menjadi mangsa sindiket pe...
SABAK BERNAM - Gerak hati seorang ibu berjaya menyelamatkan seorang anaknya dan beberapa mangsa lain daripada menjadi mangsa sindiket penipuan kononnya mereka dijanjikan tawaran kerja dalam sebuah syarikat perkapalan pelancongan dengan memperoleh pendapatan USD2,500 sebulan.
Kegiatan kira-kira jam 1 tengah hari kelmarin itu terbongkar setelah ibu mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Aifa, 47, berasa curiga selepas anaknya yang baru selesai menjalani temuduga pulang ke rumah dalam keadaan gelisah.
Aifa berkata, anak lelakinya berusia 23 tahun itu memiliki diploma dalam bidang kulinari hadir ke temuduga itu bagi memohon jawatan chef seperti tawaran pekerjaan yang terdapat dalam risalah diperoleh daripada seorang rakannya sejak Oktober lalu.
“Anak saya pergi pagi (kelmarin), dalam setengah jam, dia dah balik semula ke rumah.
“Saya tanya dia macam mana temuduga tadi (kelmarin), dia kata agak mencurigakan sebab penemuduga tak minta rekod kesihatan dan tak tengok resume, sebaliknya hanya minta RM400 semata-mata,” katanya.
Dia kemudiannya bertanya lanjut dan anaknya itu menjelaskan sesi temuduga itu berlangsung di sebuah bilik hotel di Sungai Besar dengan dua penemuduga duduk di atas katil, sementara lima pemohon dipanggil serentak masuk ke dalam bilik hotel berkenaan.
Aifa memberitahu, dia kemudiannya ‘memasang umpan’ dengan meminta anaknya itu menghubungi salah seorang penemuduga kononnya tiga lagi rakannya berminat untuk bekerja di syarikat berkenaan. “Selepas tahu mereka (penemuduga) berada di sana, saya dan anak terus ke hotel dan bila sampai saya terus naik ke tingkat satu dan jumpa dua lelaki di koridor luar.
“Bila saya tanya, mereka banyak berdalih termasuk gagal buktikan mereka daripada syarikat perkapalan berkenaan,” katanya. Aifa menjelaskan, anaknya itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Sungai Besar, pada hari sama.
Seorang mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, dia hanya menyedari ditipu selepas salah seorang rakannya menghubunginya memaklumkan tiga lelaki itu diberkas polis.
“Saya sempat bayar RM400 masa temuduga tu, mereka kata kononnya nak ubah kehidupan saya daripada pekerja kampung kepada berpendapatan tinggi. “Tak sangka saya kena tipu. Saya harap polis dapat ambil tindakan tegas...sanggup mereka songlap duit orang yang amat memerlukan pekerjaan,” katanya.
Seorang lagi mangsa, Mohd Farid Abd Rahman, 37, berkata, dia nyaris ditipu, namun akibat syarat-syarat tidak logik dikenakan, dia mula berasa sangsi terhadap lelaki terbabit. “Dalam surat tawaran kata kena bayar RM300 saja, tapi bila saya sampai sana (tempat temuduga), mereka minta RM400 pula.
“Saya jadi keliru dan ambil keputusan tak mahu bayar dan balik ke rumah,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa mengesahkan kejadian itu sambil memberitahu tiga suspek berusia 61, 65 dan 66 itu ditahan reman bagi membantu siasatan.
“Polis masih jalankan siasatan lanjut berhubung kes ini. Sidang media mengenainya akan diadakan Isnin ini,” katanya.
Semalam, video berdurasi 1:59 saat menunjukkan tiga lelaki yang sedang duduk di kerusi panjang di sebuah hotel di Sungai Besar dipercayai baru sahaja ‘kantoi’ selepas kegiatan mereka menipu pencari kerja disebar di Facebook.
Seramai 17,000 menonton video itu, manakala sebanyak 164 perkongsian dan mendapat sebanyak 304 'like' pada sebuah akuan Facebook popular di Sungai Besar. Sinar harian