Manila: Sekumpulan lelaki bersenjata dipercayai militan Abu Sayyaf menculik enam kru kapal kargo Vietnam dan menembak seorang lagi mangs...
Manila: Sekumpulan lelaki bersenjata dipercayai militan Abu Sayyaf menculik enam kru kapal kargo Vietnam dan menembak seorang lagi mangsa di perairan selatan Filipina semalam.
Akhbar Vietnam, Tuoi Tre melaporkan, kapal kargo Royal 16 yang membawa 19 kru dalam pelayaran dari pelabuhan Hai Phong menuju ke Indonesia sebelum ia diserang.
Kapal itu menghantar isyarat kecemasan pada jam 3.31 pagi (waktu tempatan) dari satu lokasi kira-kira 18 kilometer dari pulau Basilan di Filipina.
Jurucakap pengawal pantai Filipina, Jerome Cayabyab berkata, 10 lelaki bersenjata memintas kapal itu yang sedang berlayar di selat Basilan.
“Kumpulan lelaki itu menculik enam kru dan menembak seorang lagi mangsa yang cuba melarikan diri.
“Keadaan kru kapal yang ditembak itu stabil dan mangsa kini dirawat di hospital,” katanya.
Menurutnya, enam kru yang diculik itu dibawa menaiki beberapa bot laju dan dibawa ke lokasi rahsia.
“Nasib semua mangsa masih belum diketahui dan kami masih belum menerima sebarang tuntutan daripada penculik,” jelasnya.
Ini adalah kejadian penculikan kedua dalam tempoh seminggu selepas militan Abu Sayyaf menculik seorang pelayar warga Jerman dan membunuh isteri mangsa berhampiran pulau Basilan pada Isnin lalu.
Kejadian terbaru itu berlaku beberapa jam selepas pemimpin Filipina dan Malaysia bersetuju meningkatkan kerjasama keselamatan maritim di sempadan masing-masing bagi mengekang aktiviti lanun.
Abu Sayyaf sebelum ini aktif menculik pelancong warga asing sebelum beralih kepada kru bot pukat tunda dan kapal termasuk warga Malaysia di perairan selatan Filipina bagi menuntut wang tebusan.