PENAMPANG: “Satu-satunya cara untuk menangani isu Projek IC adalah dengan menarik balik semua kad pengenalan negara yang dikeluarkan di ...
PENAMPANG: “Satu-satunya cara untuk menangani isu Projek IC adalah dengan menarik balik semua kad pengenalan negara yang dikeluarkan di Sabah.”
Demikian ungkapan Pemangku Presiden UPKO Datuk Seri Panglima Madius Tangau ketika menyampaikan ucapan sempena Konvensyen UPKO di Pusat Kebudayaan Sabah, hari ini.
“Tempoh siatan RCI juga sudah lama berakhir dan laporan sudah pun dibentangkan di Parlimen namun, sehingga kini, “penyelesaian tuntas” masih belum kunjung tiba.”
“Sebaliknya, kita seolah-olah diperlekehkan dengan kekerapan penculikan di perairan kita walhal ESSCOM sudah bertapak dan disokong dengan ratusan juta ringgit di Pantai Timur,”katanya.
Madius turut menyatakan bahawa, sumbangan UPKO untuk pendengaran RCI juga cukup terperinci dan terlibat secara langsung dengan turun ke kawasan penempatan pendatang tanpa izin untuk bertanya kepada responden sama ada memiliki kad pengenalan dan bagaimana mendapatkannya.
“Akhirnya kami rangkumkan jawapan lebih seribu responden, lengkap dengan gambar mereka menjadi 26 buah buku yang telah kami hantar sebagai sebahagian bahan bukti semasa pendengaran awam kepada panel RCI.”
“Hampir semua responden mengakui bahawa mereka menyeludup memasuki negara kita dan tidak lama kemudian mendapat kad pengenalan Malaysia yang sah tetapi secara rasuah iaitu dengan cara memberi sogokan kepada Pegawai-pegawai sejumlah wang diantara RM1,000 hingga RM10,000 untuk setiap satu kad pengenalan,”katanya.
Tambah beliau, untuk mempertingkatkan lagi kawal selia, serta pencegahan penculikan, UPKO mengesa Kerajaan menggantung serta merta, secara total penggunaan pump boat di kawasan perairan negeri ini dan menggesa agar aset seperti helikopter wajib ditempatkan di ESSCOM.