Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Anak Mendiang Karpal Singh jadi perhatian, tolak Mahathir

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Seperti mendiang bapanya yang teguh dengan pendirian, anak pe­rempuan kepada Karpal Singh tetap tidak berganjak dari...

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Seperti mendiang bapanya yang teguh dengan pendirian, anak pe­rempuan kepada Karpal Singh tetap tidak berganjak daripada kenyataan yang dibuat semalam mengenai Tun Dr. Mahathir Mohamad walaupun menerima kecaman daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin DAP sendiri.

Sangeet Kaur Deo berkata, kekecohan yang berlaku selepas dia mengeluarkan pendapat mengenai Dr. Mahathir itu telah dijangkakan.

“Kritikan telah dijangka namun pendirian saya tetap tidak berubah.

“Saya mungkin tidak bersetuju dengan apa yang kamu katakan, tetapi saya akan mempertahankan hak untuk bersuara mengenainya,” katanya menerusi laman Facebook hari ini.

Semalam, dalam satu kenyataan Sangeet Kaur berpendapat bahawa langkah melantik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara hanya akan memperkenalkan semula kelahiran Mahathirism.

Selain itu, Sangeet Kaur berkata, meletakkan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri juga seolah-olah menunjukkan Pakatan Harapan seperti tidak mempunyai calon lain untuk jawatan tersebut.

Hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa, bantahan Sangeet Kaur itu tidak akan memberi kesan besar kerana majoriti ahli DAP kini menyokong Dr. Mahathir.

Tiada ulasan

Latest Articles