KOTA KINABALU: Parti Kebangsaan Sabah (PKS) akan bertanding di semua 60 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 25 kerusi parlimen...
KOTA KINABALU: Parti Kebangsaan Sabah (PKS) akan bertanding di semua 60 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 25 kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Presidennya Thomas Anggan berkata, parti itu juga akan bertanding di 13 kerusi DUN baharu yang ditambah oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Penerimaan rakyat di seluruh Sabah kepada PKS amat baik, jadi kita ingin mempertandingkan semua kerusi mengikut keperluan yang ada sekarang.
“Calon sudah ada dari pelbagai latarbelakang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) dan hanya menunggu pengumuman rasmi parlimen serta surat pelantikan bertanding,” katanya pada Majlis Perasmian Ibu Pejabat PKS dan penyerahan watikah pelantikan ketua bahagian PKS, di sini pada Sabtu.
Jelasnya, PKS bukanlah parti baharu tetapi sudah wujud sejak 2013 yang mana jentera parti itu sudahpun bersiap siaga menghadapi PRU14 pada bilabila masa sahaja.
Ditanya jika berhasrat bergabung dengan parti lain, Thomas berkata, Majlis Jawatankuasa Tertinggi parti itu masih belum bersedia mengadakan sebarang kerjasama dengan mana- mana parti termasuk pembangkang di negeri ini.
“Pada masa ini, kita tidak berhasrat untuk berjumpa dengan mana-mana parti pembangkang kerana kita mempunyai manifesto tersendiri yang mana lebih ke arah memperjuangkan kepentingan rakyat yang sebenarnya.
“Jadi, kita membuat keputusan untuk bergerak sendiri tanpa ada bantuan atau kempen sepertimana parti pembangkang yang lain,” katanya.
Mengenai Kabinet bayangan yang ditubuhkan oleh parti itu, beliau berkata, ia cuma perancangan awal sekiranya rakyat benar- benar memberi mandat untuk PKS memerintah negeri ini.
Katanya, sekiranya PKS diberi mandat untuk memerintah negeri, parti itu akan sedaya upaya mengurus dan mentadbir kerajaan tanpa mengetepikan hak bumiputera Sabah.
Terdahulu, bermula penubuhannya, PKS mempunyai keahlian seramai lebih 20,000 orang dengan anggaran 30 bahagian diwujudkan di seluruh negeri ini.
Pada majlis yang berlangsung kelmarin, seramai 65 ahlinya menerima watikah pelantikan sebagai ketuaketua bahagian di seluruh negeri bagi menggerakkan jentera di setiap kawasan.
ليست هناك تعليقات
إرسال تعليق