7 Ciptaan Mengarut Yang Menjadikan Penciptanya Jutawan Ada banyak cara untuk menjadi kaya. Namun, tidak semua ciptaan atau idea yang bagus i...
7 Ciptaan Mengarut Yang Menjadikan Penciptanya Jutawan
Ada banyak cara untuk menjadi kaya. Namun, tidak semua ciptaan atau idea yang bagus itu akan menjadikan seseorang individu itu kaya seperti yang kami tulis dalam artikel 7 individu yang tidak kaya walaupun ciptaan mereka sangat popular dan berguna.
Dunia ini kadang kala pelik. Ada individu yang mampu menjadi jutawan sekelip mata dengan menghasilkan ciptaan yang mengarut. Malah, anda sendiri mungkin akan tertanya-tanya mengapakah anda orang lain yang sanggup melaburkan wang mereka untuk membeli sesuatu yang sia-sia.
Kali ini, mari lihat 7 ciptaan mengarut yang menjadikan penciptanya seorang yang kaya raya.
1. Pet Rock
Apabila orang memikirkan idea bodoh yang menghasilkan berjuta-juta ringgit, Pet Rock selalunya merupakan contoh pertama yang terlintas di fikiran. Pada tahun 1975, eksekutif pengiklanan Gary Dahl mempunyai idea yang bodoh tetapi bernas dengan hanya menjual batu.
The Pet Rock telah menjadi sinonim dengan ciptaan "bodoh". Dahl memasarkan produk ini seperti haiwan peliharaan tradisional dalam kotak kadbod. Pada tahun 1975, Pet Rocks berharga $3.95 dan dijual hampir lima juta unit pada tahun pertamanya. The Pet Rock ialah contoh klasik ciptaan bodoh yang berjaya menjadi penjualnya jutawan.
2. Laman "The Million Dollar"
Ini merupakan satu contoh yang agak unik dengan memanfaatkan teknologi moden. Alex Tew, seorang pelajar berusia 21 tahun, mencipta laman "The Million Dollar". Pada tahun 2005, idea Alex Tew ini dianggap asli dan kreatif yang tidak pernah dibuat orang lain sebelumnya.
Tew mahu mencipta laman web dengan satu juta piksel. Setiap piksel akan dapat menyokong satu pautan ke tapak web yang lain. Setiap pemilik web perlu membayar $1 untuk meletakkan 1 pautan pada satu piksel pada halaman ini. Anda masih boleh melawati tapak web ini hari ini (walaupun banyak pautan tidak lagi berfungsi).
3. Billy Bob Teeth
Billy Bob Teeth telah dicipta pada tahun 1993 oleh Jonah White dan Rich Bailey. Menurut laman web mereka, Billybobproducts.com telah membuat kira-kira $40 juta dengan menjual gigi palsu lucu mereka. Gigi Billy Bob ialah gigi palsu yang membuatkan seseorang itu kelihatan hodoh.
Gigi ini masih dijual hari ini dengan harga kira-kira sepuluh dolar setiap satu. Walaupun mereka mungkin membuat pemakai kelihatan sedikit bodoh, Jonah White dan Rich Bailey mesti berasa cukup pintar kerana barangan sebegini telah telah menjadikan keduanya jutawan.
4. Silly Bandz
Biasanya apabila membeli makanan yang dibungkus dalam plastik, ianya akan diikat dengan gelang getah. Silly Bandz ialah gelang getah kecil yang dibentuk dalam pelbagai bentuk. Pada asalnya, bentuk Silly Bandz hanyalah haiwan ringkas, tetapi ia telah berkembang kepada bentuk lain.
Silly Bandz sangat diminati kanak-kanak dan hal ini telah meningkatkan jualan secara mendadak. Robert Croak mencipta Silly Bandz pada tahun 2006 dengan syarikatnya Brainchild Products. Silly Bandz kerap dikumpul sebagai koleksi, pemberian sebagai hadiah dan juga dipakai sebagai gelang.
5. Doggles
Banyak ciptaan dicipta untuk menyelesaikan masalah yang wujud namun tidak bagi produk ini. Adakah anjing memerlukan cermin mata? Mungkin tidak, tetapi mereka pasti kelihatan comel apabila memakainya.
Orang ramai biasanya tidak kisah untuk membeli sesuatu untuk haiwan peliharaan mereka. Roni Di Lullo melihat anjingnya seperti silau di bawah cahaya matahari dan mencipta produk ini, Doggles, agar sesuai dengan bentuk kepala anjing. Idea ini pada mulanya hadir pada tahun 1997 dan telah menjadikannya jutawan.
6. Wacky Wall Walker
Ciptaan ini boleh dikatakan cukup aneh. Pada tahun 1983, penciptanya Ken Hakuta (nama panggilan "Dr. Fad") mencipta mainan ini. Hakuta menggunakan bahan elastik licin yang dibentuk menyerupai sotong. Apabila dilempar ke dinding, Wacky Wall Walker kelihatan "berjalan" menuruni dinding.
Wacky Wall Walkers tidak mula terjual serta-merta. Sebaliknya, ia memerlukan artikel pendek dalam The Washington Post untuk menarik perhatian orang ramai kepada mainan ini. Wacky Wall masih dijual pada harga kira-kira $6 dan sudah menjana lebih $80 juta daripada jualannya.
7. Bola antena
Anda mungkin pernah melihat ada kereta zaman dahulu dengan hiasan bola antena di atas antena kereta mereka semasa anda memandu. Pada tahun 1960-an, syarikat Union Gas di Amerika Syarikat mula meletakkan bola oren dengan logo "76" pada antena kereta sebagai teknik pemasaran.
Idea ini bermula dari kecil dan semakin berkembang. Disney, Walmart dan banyak lagi syarikat utama telah memanfaatkan trend ini. Bola antena telah berkembang menjadi industri mereka sendiri anda boleh mendapatkan pelbagai jenis perhiasan ini untuk kenderaan anda.
Kredit:
ABC News
Wikipedia
Business Insider
CNBC
Washington Post
Sumber Illuminasi
ليست هناك تعليقات
إرسال تعليق