Page Nav

HIDE
Friday, March 21

Pages

Breaking News:
latest

Ads Place

BERITA SABAH | FAHAMAN EKSTREM BAWA SABAH KELUAR MALAYSIA PERLU DIPANTAU

Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said meminta pihak berkuasa memantau kegiatan individu dan kumpulan tertent...


Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said meminta pihak berkuasa memantau kegiatan individu dan kumpulan tertentu yang menggunakan media sosial untuk menghasut rakyat membawa Sabah keluar daripada Malaysia.

Beliau berkata, fahaman ekstrem berkenaan yang dibawa oleh pihak tertentu menerusi Facebook dan Twitter itu amat berbahaya dan boleh menggugat kestabilan dan mengancam keselamatan negara.

"Saya lihat di Sabah ini, melalui 'posting' dalam Facebook, Twitter dan lain-lain, ada usaha kumpulan dan individu tertentu menanam semangat supaya Sabah keluar daripada Malaysia," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Penerangan di Wisma Dang Bandang di sini hari ini.  BERNAMA

Tiada ulasan

Latest Articles