Page Nav

HIDE
Thursday, March 20

Pages

Breaking News:
latest

Ads Place

Berita Semasa | GEORGETOWN Mayat seorang Lelaki Berlumuran Darah Jatuh Tingkat 10 Pangsapuri

Mangsa dikatakan mempunyai masalah mental dan ketika polis menjalankan siasatan turut menemui ubat yang dipercayai pil penenang jiwa dala...

Mangsa dikatakan mempunyai masalah mental dan ketika polis menjalankan siasatan turut menemui ubat yang dipercayai pil penenang jiwa dalam poket seluarnya
Mayat seorang lelaki ditemui berlumuran darah dipercayai terjatuh dari tingkat 10 sebuah pangsapuri di Jalan Lengkuk Mahsuri di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mayat Cheah Tor Pin, 46, ditemui berhampiran lif tingkat bawah pangsapuri berkenaan oleh beberapa penghuni selepas terdengar dentuman kuat.

Difahamkan, lelaki itu bekerja sebagai pengawal keselamatan di perumahan berkenaan dan memulakan tugas sejak seminggu lalu.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 39, terdengar bunyi kuat ketika berada di rumahnya di tingkat satu.

“Selepas mendengar dentuman kuat itu saya bergegas turun dan terkejut melihat mayat seorang lelaki yang lengkap beruniform dalam keadaan kepalanya berlumuran darah.

“Beberapa penghuni pangsapuri kemudian mula memenuhi kawasan itu dan mereka turut menghubungi polis serta ambulans,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Difahamkan, mangsa dikatakan mempunyai masalah mental dan ketika polis menjalankan siasatan turut menemui ubat yang dipercayai pil penenang jiwa dalam poket seluarnya.

Kasut yang dipercayai milik mangsa turut ditemui di kaki lima tingkat 10 bangunan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut tanpa kejadian jenayah. 
Sinar Harian Online

Tiada ulasan

Latest Articles