Page Nav

HIDE
Wednesday, April 9

Pages

Breaking News:
latest

Ads Place

Suami Dihukum 4 Tahun Penjara Menyebabkan Kecederaan Isteri

Seorang pengawal keselamatan berumur 34 tahun yang menyebabkan kecederaan kepada isterinya dan mendera secara fizikal anak perempuann...

Seorang pengawal keselamatan berumur 34 tahun yang menyebabkan kecederaan kepada isterinya dan mendera secara fizikal anak perempuannya berumur empat tahun dihukum penjara empat tahun.

Roslan Ab Rakam didapati bersalah oleh Majistret Ryan Sagirann Ryaner terhadap empat dakwaan kepadanya.

Pada setiap kesalahan, Roslan dijatuhkan hukuman setahun penjara tetapi mahkamah memerintahkan agar dia menjalani hukuman itu serentak.

Sagirann bagaimanapun membenarkan permohonan Roslan melalui peguamnya Datuk Norbert Chin untuk menggantung pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan terhadap keputusan itu ke Mahkamah Tinggi.

Roslan menyerang isterinya berumur 24 tahun dengan memukulnya dengan seutas tali pinggang dan menumbuk pada jam 6.30 pagi pada 11 Julai 2013 di sebuah rumah di Kampung Tengah Padang Petagas.

Beliau melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pada kesalahan ketiga dan keempat, beliau secara fizikal mendera anak perempuan dengan tali pinggang sama pada hari dan tempat yang sama.

Kesalahan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak- Kanak 2001 membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Lima saksi pendakwaan dan seorang pembelaan memberi keterangan semasa perbicaaraan kes.

Tiada ulasan

Latest Articles