Berita Dunia | Seorang Lelaki Berjaya Berenang Ke Seberang Pantai Terlepas Dari Menjadi Mangsa Sang Buaya SEORANG lelaki sempat me...
Berita Dunia | Seorang Lelaki Berjaya Berenang Ke Seberang Pantai Terlepas Dari Menjadi Mangsa Sang Buaya

Rakaman lelaki tersebut dikejar buaya dapat dilihat menerusi video mendebarkan yang dirakam yang menunjukkan lelaki tersebut berenang ke pantai berhampiran setelah menyedari dirinya dikejar haiwan pemangsa yang lapar.
Mereka yang menyaksikan kejadian itu menjerit kepada lelaki itu apabila melihat buaya itu terlalu hampir dengannya.
Namun, hasrat buaya itu untuk membaham mangsanya tidak kesampaian apabila seseorang membaling objek dari jeti.

Percikan air cukup untuk membuatkan buaya tersebut berenang ke arah yang berlainan.
Artikel diPetik dari MSTAR ONLINE
Tiada ulasan
Catat Ulasan