Page Nav

HIDE
Tuesday, April 1

Pages

Breaking News:
latest

Ads Place

MEMBAKUT : SEORANG GURU LELAKI MAUT DALAM KEMALANGAN

Seorang guru lelaki maut dalam kemalangan apabila kereta wira yang dipandunya dipercayai bertembung dengan sebuah kenderaan Isuzu Dymax di...

Seorang guru lelaki maut dalam kemalangan apabila kereta wira yang dipandunya dipercayai bertembung dengan sebuah kenderaan Isuzu Dymax di lebuh raya Membakut – Beaufort berdekatan dengan SMK Membakut.

PORTAL BERITA NEGERI SABAH
Gambar Hiasan Sahaja

Mangsa pemandu Wira, Awang Ahmed Ag Chucu, seorang guru di SK Bambangan berasal dari Kampung Pimping disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Beaufort .

Pemandu kereta pacuan empat roda jenis Isuzu Dymax, Mohd Alfian Asrin tidak mengalami kecederaan namun semasa operasi menyelamat beliau didapati tidak sedarkan diri turut digegaskan ke hospital.

Sebelum kejadian, pada awal pagi itu, mangsa, Awang Ahmed dipercayai dari Pekan Membakut menuju balik ke kampung Pimping manakala Mohd Alfian Asrin yang bekerja di Samur sedang dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu menuju ke Sipitang.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 6.10 pagi dan sepasukan anggota bomba dengan sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian,”kata Joseph Ganang selaku Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Beaufort.

“Setibanya kami di tempat kejadian pemandu kedua-kedua kenderaan masih berada di tempat duduk masing-masing namun mangsa Awang Ahmed mengalami kecederaan di muka dan kaki manakala Mohd Alfian tidak mengalami kecederaan fizikal tetapi tidak sedarkan diri ketika operasi menyelamat di jalankan,” kata Joseph.

Ketua Polis Daerah Beaufort. DSP Mustaffa Maaruf Bin Mustaffa ketika dihubungi kelmarin mengesahkan kejadian itu berkata mangsa, Awang Ahmed disahkan meninggal dunia setibanya di Hospital Daerah Beaufort manakala Mohd Alfian masih tidak sedarkan diri dan menurut maklumat pihak hospital beliau akan dihantar ke Queen Elizebath untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Punca kejadian masih dalam siasatan dan masih belum diketahui bagaimana kemalangan itu berlaku dan pihak polis masih menyiasat Wira itu dari arah mana menuju ke mana dan begitu juga kereta Dymax Sehubungan dengan itu, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan polis dengan menghubungi pihak Polis Trafik 087-211222 atau menghubungi Inspektor Azmimi Abdullah 017-6253304.
AL-FATIHAH

Tiada ulasan

Latest Articles