TAWAU: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Tawau kesal dengan sikap penduduk kampung yang bertindak menghalang pasukan bantuan daripada m...
TAWAU: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Tawau kesal dengan sikap penduduk kampung yang bertindak menghalang pasukan bantuan daripada menjalankan tugas membantu proses pemadaman kebakaran.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzek dalam kenyataan kepada media berkata, pasukan bantuan telah dihalang dan di provokasi dalam kejadian kebakaran di Lorong Hj Sundu, Batu 2, Jalan Apas pada petang Isnin.
![]() |
Gambar Hiasan |
“Pada mulanya pihak bomba mendapat kerjasama yang baik daripada penduduk kampung terlibat, walau bagaimana pun apabila pasukan bantuan yang cuba masuk mereka telah dihalang dan diprovokasi.
“Pasukan bantuan telah dilontar batu dan diserbu oleh penduduk kampung di kawasan berdekatan dan kita kesal dengan sikap seperti ini,’’ katanya.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.06 petang itu, sebanyak lebih 20 buah rumah musnah terbakar dengan kebakaran hanya dapat dikawal pada jam 5.19 petang.
Menurut Rudy, kekuatan keanggotaan dalam operasi itu adalah seramai 33 orang bersama empat jentera, empat utiliti dan turut dibantu pasukan polis, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).
“Setiba di tempat kejadian, kebakaran telah memusnahkan tiga buah rumah, dengan keadaan cuaca berangin menyebabkan api mudah merebak, kita bertindak menggunakan lapan pancutan untuk mengawal kebakaran,’’ ujarnya.
“Setiba di tempat kejadian, kebakaran telah memusnahkan tiga buah rumah, dengan keadaan cuaca berangin menyebabkan api mudah merebak, kita bertindak menggunakan lapan pancutan untuk mengawal kebakaran,’’ ujarnya.
Sehubungan itu Rudy menasihatkan penduduk agar sentiasa memastikan perkakasan dapur dan rumah berada dalam keadaan baik bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. -NEWSABAHTIMES
Tiada ulasan
Catat Ulasan