Page Nav

HIDE
Thursday, March 20

Pages

Breaking News:

Ads Place

RESTORAN CETUS KONTROVERSI SELEPAS AWAL BULAN INI MOHON MAAF

DULU MANGKUK SEKARAN TAPAU KONTENA Tiada apa yang rahsia lagi tentang kedai makan yang terletak di Alam Mesra ini apabila pada 9 Nov...

DULU MANGKUK SEKARAN TAPAU KONTENA

Tiada apa yang rahsia lagi tentang kedai makan yang terletak di Alam Mesra ini apabila pada 9 November lalu Sekeping Resit bayaran dimuatnaik oleh pelanggannya telah menjadi VIRAL di laman sosial dan aplikasi WhatsaPP.

Portal Berita Satu Sabah
Permohonan Maaf Restoran Ummi Aisah Kota Kinabalu Sabah
Manakan tidak, MEMANG JELAS tercatat dalam resit tersebut ada CAJ RM1 dikenakan untuk satu Mangkuk Kosong. Kejadian ini mendapat respon negatif dari pengguna laman sosial dan dianggap sebagai keterlaluan mendapatkan keuntungan.

Namun demikian seseorang yang mendakwa sebagai PEMILIK restoran tersebut tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar dan memohon maaf kepada seluruh warga Sabah atas kesilapan yang tidak dapat dielakkan.

Terbaru, dalam kejadian 23 November lalu, Restoran yang sama sekali lagi mencuri perhatian umum. Kali ini  Tapau Container  pula diCAJ dengan harga RM1. Ternyata ini kurang disenangi oleh sebilangan besar pelayar laman sosial. Gambar terbaru ini terus menjadi Viral dan dikongsi secara meluas.


PENDAPAT PERIBADI 
Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh pengguna yang berhadapan dengan situasi seperti ini? Adakah PERLU pengusaha restoran tersebut membuat LABEL HARGA / Memaparkan harga barang berkenaan supaya ia di bawah PENGETAHUAN PENGGUNA? 

Soal menaikkan harga atau meletakkan NILAI untuk barangan tersebut bagi Pandangan Peribadi Penulis MUNGKIN berlaku untuk mengimbangi KOS semasa yang ditanggung oleh peniaga. Tetapi tanda harga hendaklah JELAS dipaparkan supaya pengguna tidak merasa tertipu dan boleh membuat pertimbangan untuk memilih.

Pemantauan lebih kerap oleh pihak berkuasa harus dipergiatkan lagi untuk memberi AMARAN, DENDA atau hukuman yang sepatutnya terhadap peniaga yang melakukan apa juga jenis perbuatan yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan.  MY-
SUDAH TINGU
BAKAT ANAK SABAH @Zackiddin Zakry




Tiada ulasan

Latest Articles