Letusan gunung berapi Pico do Fogo di Cape Verde, yang terbesar dalam sejarah telah memusnahkan dua perkampungan dan mengancam hutam simpa...
Letusan gunung berapi Pico do Fogo di Cape Verde, yang terbesar dalam sejarah telah memusnahkan dua perkampungan dan mengancam hutam simpan pada Selasa, kata pegawai.

Lebih 1,000 orang dipindahkan dari kawasan Cha das Caldeiras, di kaki gunung berani dengan serta-merta selepas ia meletus pertama kali pada 23 November lalu.
Lima yang mengetuai perkhidmatan perlindungan awam berkata, lahar mula mengalir pada Ahad.
"Lahar yang berkeluasan lebih 500 meter mengalir di kawasan kediaman di Bangeira pada minggu lalu, sekali gus memusnahkan sebahagian besar perkampungan itu.
Menurut Lima, perkampungan Portela turut musnah.
Cape Verde merupakan kepulauan gunung berapi yang terdiri daripada 10 pulau, di mana sembilan pulau mempunyai populasi kira-kira 530,000 orang. - AFP
Tiada ulasan
Catat Ulasan