LABUAN: Tujuh anak kapal ditangkap kerana disyaki terlibat dengan pengedaran dadah dalam satu operasi di atas kapal di perairan Labuan...


Ketua Bahagian Penguatkuasaan APMM Kapt Maritim Che Adnan Md Isa berkata operasi serupa akan terus diadakan untuk memastikan anak kapal dan juragan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
“Operasi ini melibatkan sembilan anggota APMM dan pegawai agensi itu,” katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata anak kapal yang ditahan berusia antara 18 dan 72 tahun dan seorang daripada mereka memiliki taraf penduduk tetap Malaysia. — Bernama
Tiada ulasan
Catat Ulasan