Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

PADAH HINA POLIS "BODOH"

Padah menghina anggota polis trafik dengan perkataan ‘bodoh’, seorang lelaki berusia 20 tahun terpaksa meringkuk dalam lokap di sini semal...

Padah menghina anggota polis trafik dengan perkataan ‘bodoh’, seorang lelaki berusia 20 tahun terpaksa meringkuk dalam lokap di sini semalam.

PORTAL BERITA SATUSABAH
Dalam kejadian jam 10 pagi semalam, seorang anggota polis trafik hilang sabar selepas dilempar dengan perkataan ‘bodoh’ selepas menjalankan tugas di Pasar Sentral Sibu.

Menurut polis terbabit, mereka sedang menjalankan tugas di kawasan berkenaan dan terpaksa mengeluarkan saman terhadap beberapa kenderaan yang parkir secara tidak sah.

Namun, salah seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai ibunya melakukan provokasi terhadap seorang polis trafik yang mengeluarkan saman terhadap kenderaan mereka.

Apabila polis trafik selesai melakukan tugas, mereka  menasihati lelaki terbabit beredar dari situ namun dia tidak berganjak.

Lelaki terbabit tiba-tiba bertindak menengking salah seorang polis trafik dengan mengeluarkan perkataan ‘bodoh’ di hadapan orang awam.

Terhina diperlekehkan lelaki terbabit, anggota polis trafik berkenaan serta rakan-rakan setugas bertindak memberkasnya.

Ketika cuba memberkas suspek, berlaku sedikit pergelutan namun polis akhirnya berjaya menghumban suspek ke dalam kereta polis untuk dihantar ke Balai Polis Sentral Sibu dan diambil tindakan selanjutnya.

Tiada ulasan

Latest Articles