Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

PAPAR : Penjenayah Maut Ditembak Selepas Cuba Melibas Polis dengan Parang

Suspek terdahulu dikatakan menyerang anggota polis yang melakukan serbuan di lokasi terbabit dengan menggunakan sebilah parang. Seor...

Suspek terdahulu dikatakan menyerang anggota polis yang melakukan serbuan di lokasi terbabit dengan menggunakan sebilah parang.

PORTAL BERITA SATUSABAH
Seorang penjenayah mati dipercayai terkena beberapa das tembakan selepas dia bertindak melibas parang ke arah sepasukan polis sehingga menyebabkan salah seorang anggota tercedera dalam insiden di sebuah rumah tidak bernombor berhampiran Kampung Madang, Kinarut dekat sini pagi kelmarin.

Dalam serbuan berlaku jam 4 pagi itu, suspek yang berusia 30an tersebut dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian ekoran terkena beberapa das tembakan di bahagian badan. 

Suspek terdahulu dikatakan menyerang anggota polis yang melakukan serbuan di lokasi terbabit dengan menggunakan sebilah parang.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abd Rahman ketika dihubungi kelmarin bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung insiden itu dan berkata kes terbabit masih dalam siasatan lanjut.

"Kita masih melakukan siasatan terperinci berhubung insiden berkenaan, "katanya.

Tiada ulasan

Latest Articles