Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Abu Sayyaf Larikan Diri Dengan Tebusan Malaysia

KOTA KINABALU: Lima tebusan Malaysia kini bergerak dengan lelaki bersenjata Abu Sayyaf di sekitar pergunungan hutan di Jolo susulan sera...

KOTA KINABALU: Lima tebusan Malaysia kini bergerak dengan lelaki bersenjata Abu Sayyaf di sekitar pergunungan hutan di Jolo susulan serangan tentera Filipina terhadap kumpulan itu.

Aktivis anti-penculikan Jolo, Prof Octavio Dinampo berkata, lima rakyat Malaysia yang merupakan antara 13 orang tawanan Abu Sayyaf itu sentiasa bergerak di dalam hutan di pulau Filipina selatan.

"Abu Sayyaf menghadapi masalah untuk menjaga tawanan mereka. Mereka bergerak di waktu malam dan siang sejak hari pertama tentera mengesan mereka," katanya kepada The Star.

"Ia adalah satu keadaan yang sukar bagi tawanan itu kerana mereka sentiasa bergerak dan makanan pastinya terhad. Adalah sukar untuk meramalkan sama ada semua tebusan itu berupaya melalui pengalaman hitam itu," tambah Octavio.

Beliau berkata, Abu Sayyaf diketahui sentiasa bergerak di sekitar kawasan hutan di Patikul, Indanan dan Parang.

Octavio berkata lima rakyat Malaysia - Abd Rahim Summas, Tayuddin Anjut, 45, Mohd Ridzuan Ismail, 32, Fandy Bakran, 26 dan Mohd Zumadil Rahim, 23 - sedang dikawal oleh komander Majan Sahidjuan atau lebih dikenali sebagai Apo Mike.

Kelima-lima mereka diculik dari sebuah kapal tunda berhampiran Dent Haven di Lahad Datu pada 18 Julai lalu.

Octavio berkata tentera Filipina telah dihantar 9,000 tentera ke Jolo untuk melancarkan serangan terhadap Abu Sayyaf yang dijangka berterusan sehingga sekurang-kurangnya Disember.

"Jolo dibanjiri dengan tentera pada masa ini," katanya, sambil menambah bahawa operasi ketenteraan telah memberi tumpuan kepada lima daerah - Indanan, Parang, Patikul, Maimbung dan Talipao.

Latest Articles