Papar: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Papar memindahkan enam keluarga selepas kediaman mereka masing-masing dinaiki air di Kamp...
Papar: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Papar memindahkan enam keluarga selepas kediaman mereka masing-masing dinaiki air di Kampung Penampang Baru, dekat sini, pagi tadi, susulan hujan lebat sejak petang Khamis.
Ketua BBP Papar, Dunstan Peter berkata, semua 27 mangsa itu mula dipindahkan pada jam 3 pagi sehingga jam 12 tengah hari di balai raya kampung berkenaan dan mereka dijangka akan dibenarkan pulang sejurus keadaan banjir surut.
"BBP Papar memindahkan kira-kira enam keluarga yang terjejas akibat banjir kilat ini dengan menggunakan bot secara berperingkat bermula jam 3 pagi tadi.
"Untuk makluman, keadaan banjir di Kampung Penampang Baru ini mulai surut setakat jam 3 petang tadi, namun kita masih mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan penduduk yang terjejas," katanya.
Menurutnya, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan BBP Papar masih giat menjalankan pemantauan terhadap situasi banjir kilat di daerah itu daripada semasa ke semasa.