Tuaran: Dua belas penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) antara 13 orang cedera selepas bas dinaiki terbabas ke lereng bukit, di Jalan...
Tuaran: Dua belas penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) antara 13 orang cedera selepas bas dinaiki terbabas ke lereng bukit, di Jalan Tenghilan dekat Tuaran, 7.15 malam ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Asnan Led, berkata bas itu dalam perjalanan membawa penuntut melawat tarikan pelancongan di Santavana, dekat sini.
Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, bas dipandu seorang lelaki itu hilang kawalan lalu terbabas di lereng bukit.
“Pemandu dan kesemua penumpang mengalami cedera dan dikeluarkan orang awam sebelum bomba tiba di lokasi kejadian.
"Semua mangsa dihantar ke hospital Tuaran menggunakan ambulans dan kenderaan awam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.