Kota Kinabalu: Kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang semalam, temui lemas di kolam Kampung Pengasaan Bantayan, Inanam, dekat sin...
Kota Kinabalu: Kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang semalam, temui lemas di kolam Kampung Pengasaan Bantayan, Inanam, dekat sini, hari ini.
Mayat Ivy Angelly Alex, 8, ditemui oleh bapa tirinya 8.30 pagi, di hadapan rumahnya.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak petang semalam sebelum bapa tirinya membuat laporan polis pada 2.05 petang tadi, selepas usaha mencari mangsa gagal.
"Mayat mangsa ditemui di dalam kolam di hadapan rumah bapa tirinya.
"Bapa mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung penemuan mayat anaknya itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Tambah Chandra, tiada sebarang kecederaan pada tubuh kanak-kanak terbabit dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Difahamkan, semalam seorang kanak-kanak lelaki ditemui hampir lemas ketika bermain berhampiran kolam berkenaan bersama beberapa rakannya namun diselamatkan oleh penduduk kampung yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian.