Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Nasib Tergantung

Beijing: Seorang pemandu dan kelindan sebuah lori nyaris maut selepas kenderaan berat yang dipandu terbabas sebelum tergantung di atas s...

Beijing: Seorang pemandu dan kelindan sebuah lori nyaris maut selepas kenderaan berat yang dipandu terbabas sebelum tergantung di atas sebuah jambatan.

Lori itu yang membawa beberapa kereta dirakam tergantung di tepi jambatan setinggi 150 meter di lebuh raya yang terletak di Qingyuan di wilayah Guangdong. 

Bagaimanapun, pemandu dan kelindan lori berkenaan berjaya menyelamatkan diri dan hanya mengalami kecederaan ringan. 

Lori sepanjang 30 meter itu dilaporkan membawa 23 kereta dari wilayah Anhui di timur China menuju ke wilayah Guizhou di selatan negara itu. 

Pemandu lori, Yang Song berkata, ketika kejadian dia s memandu pada kelajuan 80 kilometer sejam sebelum kenderaannya tiba-tiba hilang kawalan. – Agensi/HMetro

Latest Articles