Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Suspek Langgar Pelajar di Luyang Ditahan

Kota Kinabalu: Polis menahan penunggang motosikal bagi membantu siasatan kes langgar lari membabitkan pelajar sekolah di lampu isyarat ...


Kota Kinabalu: Polis menahan penunggang motosikal bagi membantu siasatan kes langgar lari membabitkan pelajar sekolah di lampu isyarat Jalan Kolam, Luyang, di sini, petang semalam.
Kejadian 5.55 petang itu, dirakam menerusi kamera daripada kenderaan yang berhenti di lampu isyarat berkenaan dan tersebar di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp serta mendapat pelbagai komen dan kritikan.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, suspek berusia 23 tahun ditahan ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, kira-kira 8 pagi tadi.

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Difahamkan, mangsa berusia 13 tahun lebam di kepala dan calar di tangan dan kaki kanan.

Latest Articles