MANILA — Perang pembasmian dadah yang digerakkan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ternyata menjadi mata pencarian terbaharu bagi sebah...
MANILA — Perang pembasmian dadah yang digerakkan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ternyata menjadi mata pencarian terbaharu bagi sebahagian besar rakyat negara rantau Asia tenggara itu.
Salah seorangnya merupakan pasangan suami isteri yang hanya mahu dikenali sebagai nama Ace dan Sheila. Mereka mendakwa setakat ini sudah berjaya membunuh seramai 800 orang pengedar dadah sejak kempen dimulakan.
Pasangan ini merupakan antara anggota satu pasukan pembunuh upahan yang mengaku terpaksa menceburi kerjaya berbahaya itu demi mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak kecil mereka dengan lebih sempurna.
Meskipun berisiko, mereka sebaliknya memberi alasan, banyak kehidupan penduduk dan institusi kekeluargaan yang hancur jika pengedar narkotik itu tidak ‘dimusnahkan’ kerana licik melepaskan diri daripada pemburuan polis.
Kedua-duanya mengaku mampu mendapatkan pendapatan lumayan sebanyak hampir 5,000 peso (kira-kira RM420) bagi setiap kali berjaya menembak mati satu sasaran yang sudah ditetapkan oleh pihak perisikan polis.
Sehingga kini, Ace dan Sheila selain kumpulan rahsianya sudah membunuh setidak-tidaknya 800 orang suspek pengedar dadah di sekitar Filipina yang lazimnya berjaya meloloskan diri setelah merasuah pihak polis.
Menerusi satu wawancara dalam program bual bicara Dateline dengan stesen televisyen SBS, Ace dan Sheila menceritakan bagaimana penglibatan awal mereka terjebak dalam ‘perang’ kekacauan kontroversi tersebut.
Mereka juga menceritakan bagaimana cara sasaran ditentukan oleh ‘bos’ yang merupakan seorang pegawai polis setempat sebelum pembunuhan sistematik itu dilakukan secara senyap tanpa meninggalkan sebarang jejak.
“Setiap sasaran ini pada kelaziman hanya orang kebanyakan, tetapi mereka semua sama, iaitu pengedar dadah atau orang yang bermasalah dengan ‘bos’ kami. Kami membunuh orang jahat semacam itu,” ujar Ace penuh bangga.
“Menerusi panggilan telefon, kami cuma mengenal pasti identiti sasaran, hanya seperti itu.
Kemudian kami melihat bila dia sedang bersendirian, kami hampiri dan langsung kami bunuh. Kemudian, kami pun hilang,” tambah Ace. Dia seterusnya mengetahui tahap risiko yang menyelubungi karier berbahaya semacam itu.
Namun, jika dia tidak melakukan pekerjaan tersebut, maka keluarganya akan hidup miskin kerana tiada lagi sumber pendapatan. Ace menamba bahawa, isterinya, Sheila, berperanan jika dia tidak dapat mendekati sasarannya.
Wanita itu misalnya, menyamar menjadi pekerja bar jika sasaran adalah pengunjung tetap di sebuah kelab malam. Paling unik. Ace menambah, untuk setiap misi pembunuhan, setiap anggota kelompok pembunuh bayaran itu hanya perlu mendapatkan waktu operasi paling lama pun adalah tiga hari sebelum beralih kepada sasaran lain pula.
“Begitulah cara kami mengerjakannya. Ketika kami mendapatkan tugas pembunuhan ini, kami tidak dibenarkan bertanya banyak soalan. Peraturan pertama adalah jangan bertanya,” ujar Sheila menerusi program tersebut.
Setelah sasaran dihapuskan, pembunuh itu kemudian meletakkan sekeping kertas dengan tulisan “pengedar” untuk menarik perhatian media sekali gus menjadi bukti bahawa pekerjaan ditetapkan ‘bos’ sudah dilaksanakan.
Sheila mengaku, setiap kali pulang setelah melakukan tugas pembunuhan tersebut dan melihat anak-anaknya, memang perasaan bersalah muncul dari dalam hatinya sendiri mengenangkan nasib keluarga pengedar itu.
Bagaimanapun dia berusaha sebaik mungkin untuk menyatakan bahawa keputusan nekadnya itu kerana semua dilakukan demi membesarkan hidup anak-anaknya bebas daripada pengaruh najis dadah berbahaya.
“Saya kata kepada diri sendiri, orang yang saya bunuh jauh lebih buruk berbanding saya. Dia boleh menghancurkan lebih banyak orang lagi jika tidak dibunuh. Maka dia harus mati dan itu bukan kesalahan saya,” ujar Sheila. “
Saya tidak bersalah. Jika dia bukan orang jahat, maka tidak mungkin terlibat dadah,” tambah Sheila. Meskipun kerap berasa bersalah, dia mengaku, tidak mudah berhenti daripada pekerjaan berbahaya itu begitu sahaja.
Namun dia tetap berasa bimbang akan menjadi sasaran pihak pengedar dadah pula jika terbongkar kehidupan rahsia kelompok pembunuh upahan misteri tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA