Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Jatuh Gaung Sedalam 150 Meter

Ranau: Peserta Climbathon dari luar negara yang dilaporkan hilang ketika menjalani latihan di gunung Kinabalu, semalam, ditemui tidak se...

Ranau: Peserta Climbathon dari luar negara yang dilaporkan hilang ketika menjalani latihan di gunung Kinabalu, semalam, ditemui tidak sedarkan diri berhampiran pondok Sayat-Sayat, hari ini.

Mangsa warga Singapura, Woon Tai Kiang ditemui Pasukan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) pada 7.30 pagi sebaik operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan awal pagi.

Ketua BBP Ranau, Jimmy Lagung berkata, mangsa dipercayai terjatuh sedalam 150 meter sebelum ditemui tidak sedarkan diri berhampiran pondok Sayat-Sayat.

"Usaha membawa mangsa naik dari lokasi dia ditemui sedang dijalankan anggota MOSAR," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, mangsa dikatakan menjalani latihan Climbathon di Gunung Kinabalu semalam dan hanya disedari hilang oleh kakitangan Taman-Taman Sabah, 12 tengah malam tadi apabila mangsa gagal melaporkan diri di tempat pemeriksaan pondok Timpohon.

Operasi SAR kemudian digerakkan namun terpaksa ditangguh akibat kabus tebal sebelum disambung semula pagi tadi. Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu ke-29 akan diadakan 16 Oktober depan selepas ditangguh pada tahun lalu akibat gempa bumi 2015.

Latest Articles